Kepatuhan syariah dalam mencari sumber rezeki yang halal
Kepatuhan syariah dalam mencari sumber rezeki yang halal amat dititik beratkan bagi mereka yang beragama Islam. Ini tidak dapat dinafikan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:
Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam.
Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270
Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya.
Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.
Walaubagaimanapun sebagai orang Islam, kita sedia maklum dan jelas apa itu sumber rezeki yang halal dan apa itu sumber rezeki yang haram, tetapi dalam banyak keadaan kita terlepas pandang dan mungkin tidak mengetahui sama ada adakah sumber rezeki yang kita perolehi itu halal, haram atau mungkin jatuh dalam kategori syubhah. Adalah lebih baik sekiranya kita juga dapat menjauhi perkara yang samar-samar atau syubhah dalam mencari rezeki seperti mana hadith Rasulullah s.a.w:
Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.
H.R. Muslim
Sehubungan dengan itu, umat islam perlulah prihatin tentang kepentingan halal dan haram dalam usaha mencari sumber pendapatan kerana ini akan menjamin keberkatan rezeki yang diperolehi dan paling penting mendapat keredhaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Al-Baqarah: 168
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
An-Nahl: 114
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Al-Maidah: 88
Dalil firman Allah s.w.t. di atas jelas menunjukkan kewajipan dalam mencari sumber rezeki yang halal.
Mungkin kita pernah terfikir, bagaimanakah untuk membezakan perkara itu halal atau haram kerana kita sendiri pun tidak mempunyi ilmu yang mendalam bidang ini. Untuk itu, ada jalan keluar untuk kita seperti mana firman Allah s.w.t. dalam al-Quran:
Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
an-Nahl [16] : 43
Ayat di atas jelas menunjukkan kita perlulah bertanya kepada mereka yang pakar dalam bidang ini sekiranya kita ragu-ragu dan tidak mengetahui hukumnya. Di Malaysia telah wujud kesedaran dan kepentingan halal haram dalam kehidupan kita dan telah wujud juga badan-badan yang berwajib untuk memantau dan memberikan panduan kepada orang awam tentang status halal haram sesuatu perkara sebagai contoh panduan Halal JAKIM dan sijil kepatuhan syariah untuk sistem perbankan islam di Malaysia. Ini sudah memadai untuk orang awam mengikut tanpa soal kerana mereka telah bertanggungjawab dan mengesahkan status kepatuhan syariah dan halal haram sesuatu perkara.
Tidak terikat juga dalam bidang makanan dan perbankan, malah kebanyakan syarikat juga telah mula menyedari kepentingan kepatuhan syariah dalam urusan perniagaan mereka seperti dalam bidang perhotelan, komunikasi dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain termasuk juga sesetengah syarikat perniagaan jualan lansung seperti Kenshido International berteraskan produk Score A Programme telah mendapat sijil kepatuhan syariah dari segi produk, dan pelan pemasarannya.
Dengan wujudnya kesedaran seperti ini, maka lebih mudah kita sebagai orang awam membezakan yang mana satu halal atau patuh syariah dan yang mana satu haram atau syubhah sebagai panduan kita mencari rezeki. Tahniah kepada syarikat yang telah mula sedar tentang kepentingan kepatuhan syariah dan ini secara tidak lansung memudah kita membuat pilihan dalam mencari sumber rezeki yang halal.
Inginkan penjelasan lanjut?
SMS Nama dan Lokasi keWana:O12-968-8-968 / Saiful:O19-658-O-856




November 27th, 2010 - 02:19
Love your site man keep up the good work
November 27th, 2010 - 05:07
Thanks.
Disember 8th, 2010 - 05:05
nice post. thanks.
Jun 17th, 2011 - 19:15
salam, nie sje nk tnya..mmg Score A Programme mndpt syariah compliance tp adkah sistem i2 hnya d kji dr segi sistem yang spatutnya berlaku ataupun ianya telah dikaji dari segi apa yang berlaku dalam perniagaan itu sndiri?? coz, mmg sy da join tp byk klmhan program nie yang sy 6pak..dan ada segelintir kwan sy yg menyatakan pndptan dr Score A Programme adlah syubhah kerana telah menindas ahli yg tidak bergerak..ianya mendatangkan keraguan kpd sy yg smmgnya ahli Score A Programme ni apatah ag kpd mreka yg tidak join prog nie. mntk sgt penjelasan tntg isu ini agr semua ahli Score A Programme tidak menikmati hasil yang syubhah. kerana apa yg berlaku dlm prog ni adlh rmai yg telah menyertai tp masih tidak dapat balik modal apatah lagi keuntungan.. terutama student.. mereka msih ag belajar tp telah terjerumus dalam perniagaan ini.. rmai dr klngan student tlh menyertai Score A Programme ..seolah olah mereka adlh target krn mereka mmpunyai pnjman ptptn..meraka telah menampakkan bhwa MLM nie adlh 1 program yg mudah untuk student lakukan..
yg meminta penjelasan
Jun 18th, 2011 - 00:53
Salam aeyda,
Soalan yang amat bagus untuk dijawab. Ya saya amat bersetuju dengan apa yang aeyda cuba ketengahkan sama ada apa yang berlaku dalam perniagaan Score A Programme telah dikaji juga untuk menepati ciri Syariah Compliance yang telah diperolehi oleh syarikat Kenshido International.
Jawapan saya amat ringkas, ya sudah dikaji. Ini adalah jawapan yang saya perolehi dari panel penasihat syariah sebelum saya membulatkan tekad untuk menyertai perniagaan Score A Programme bersama syarikat Kenshido International. Aeyda boleh lihat email balas dari panel penasihat syariah kenshido International di sini.
http://www.saifulbahri.net/kenshido-score-a-programme/jawapan-panel-syariah-score-a-programme/
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, penasihat syariah telah mengikuti setiap aktiviti yang telah dijalankan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana perniagaan ini dijalankan. Ulasan terperinci juga telah diberikan di dalam kertas kerja kepatuhan syariah yang dikeluarkan oleh penasihat syariah berkaitan dengan setiap aktiviti Score A Programme termasuk cara mereka memprospek dan ayat-ayat yang digunakan semasa memprospek juga telah dihurai dengan panjang lebar.
Memang benar seperti yang eeyda ragukan jika cara pelaksanaan pengedar Score A Programme dalam menjalankan perniagaan ini akan menyebabkan mereka sendiri tidak mematuhi syariah seperti menipu dan membuat janji-janji yang tidak masuk akal. Perkara ini terpulang kepada pengedar itu sendiri kerana sistem dan aktiviti yang telah diluluskan syarikat dan KPDNKK telah diluluskan sebagai patuh syariah. Cuma sekarang tinggal bahagian terakhir kepada pengedar atau ahli itu sendiri sama ada mereka mematuhi tatatertib perniagaan dalam Islam dan menepati ciri-ciri kepatuhan syariah.
Berdasarkan komentar aeyda di atas, apa yang saya dapati, terdapat salah faham pada aeyda sendiri dan mungkin juga kawan-kawan aeyda yang telah menyertai Score A Programme terutamanya sistem MLM (network marketing). Perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya di sini bahawa Score A Programme atau MLM (network marketing) itu sendiri bukan sebuah skim yang menjamin pulangan modal. MLM (network marketing) itu sendiri berteraskan pemasaran dan tindakan setiap pengedar atau ahli adalah memasarkan produk perniagaan ini kepada bakal penggunaan atau mereka yang berpotensi untuk menyertai Score A Programme sebagai pengedar di bawah Kenshido International.
Tidak timbul masalah ahli Score A Programme menindas ahli yang tidak bergerak kerana yang tidak bergerak adalah ahli itu sendiri dan salah mereka yang tidak mahu berusaha. Perniagaan perlu ada usaha dan usaha itu yang akan menjamin kejayaan mereka. Mereka yang menganggap melaburkan sejumlah wang dalam perniagaan ini dan berharap akan balik modal tanpa perlu berusaha adalah angan-angan kosong.
Untuk berjaya dalam perniagaan ini perlu ada ilmu. Ilmu mengenai produk, mengenai memprospek, dan ilmu membina rangkaian MLM yang berjaya. Diringkaskan melalui konsep 3S; schooling, sponsoring, service after sale. Saya tidak mampu untuk menghuraikan dengan panjang lebar di ruangan yang terhad ini. Saya amat galakkan aeyda berjumpa dan berbincang dengan leader aeyda yang telah berjaya dan kemukakan kemusykilan aeyda kepada mereka. Mereka pasti ingin membantu aeyda untuk berjaya.
Saya harap huraian saya mengenai komen aeyda di atas dapat mencerahkan lagi kekaburan aeyda tentang kepatuhan syariah dalam Score A Programme. Sekian.