Pengaktifan Portal Score A Programme
Berikut adalah kaedah pengaktifan portal / portal activation Score A Programme. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Sila layari www.scorea.com. Anda akan melihat halaman web seperti di bawah. Pastikan pelayar internet anda membenarkan Pop-Up untuk laman portal Score A Programme.
2. Klik pada [Pengaktifan Portal]. Anda akan melihat laman web seperti di bawah.
Terdapat 2 langkah untuk menyediakan portal SAP anda.
1. Isikan butir-butir pengaktifan portal dan tambah nilai.
2. Cetak skrin pengesahan pengaktifan portal.

Sila pilih kategori portal yang sesuai dengan SAP kad yang dibeli.
Bagi mereka yang menaiktaraf SAP kad daripada SAP, SPM atau 1 Malaysia 1 Kad, sila pilih SAP kad yang asal untuk meneruskan langkah pengaktifan selanjutnya.
Contoh: SAP kad yang telah dinaiktaraf kepada 1 Malaysia 1 kad Premium, sila pilih SAP sebagai portal pilihan.Sistem akan menguruskan lanjutan tarikh luput portal anda.
3. Skrol ke bawah untuk memasukkan maklumat selanjutnya ke dalam bahagian Butir-butir Dependen/Anak seperti di bawah. ID dan kata laluan mestilah sekurang-kurangnya 5 huruf.

4. Anda boleh Top-up portal pada masa yang sama dengan siri Top-up dan kod top-up.
5. Jika nombor siri ataupun ‘kod pengaktifan’ yang dimasukkan tidak tepat, sistem kami akan menunjukkan tempat kesalahan yang dilakukan. Jika ID yang diisikan sudah digunakan oleh pengguna lain di dalam sistem kami, anda harus menggunakan ID yang berlainan. Jika semuanya betul, anda akan dapat melihat laman web seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda harus mencetak laman web ini sebagai rujukan anda.
Klik butang [Cetak] untuk mencetak salinan borang pengaktifan ini

Begitulah kaedah pengaktifan portal / portal activation Score A Programme dan kini anda sudah boleh menggunakan portal Score A Programme.



